top of page

INGREDIENTS

  • Writer: fatin nasuha
    fatin nasuha
  • Sep 12, 2017
  • 1 min read

BAHAN-BAHAN

1 bungkus kulit popia

100 gram serbuk keju (atau mengikut kuantiti kesukaan anda) Minyak masak (Untuk menggoreng) Cara-cara membuatnya: 1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay atau chopstick (supaya mudah gulung, kalau taknak guna pun takpa). Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Buat sehingga habis. * Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam gulungan kulit popia tu masak. * Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan (supaya senang gulung dan dipotong)

*Kalau tak nak gulung, gunting kulit popia kecil-kecil pun boleh. 2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting. 3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan. 4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, tabur serbuk keju ke atas kulit popia. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti dengan serbuk keju. Simpan dalam bekas kedap udara.

CREDIT BY :resepi kerepek popia cheese ranggup


 
 
 

Comentarios


RECENT POSTS
SEARCH BY TAGS
ARCHIVE
bottom of page